Jumaat, 31 Mei 2013

P.Ramlee : Lagenda Yang Tidak Sepatutnya Hilang



Beberapa minggu yang lepas di Astro dan radio terutama sinar.fm telah banyak mempromosikan satu dokumentari khas mengenai Alllahyarham P.Ramlee di siaran Astro History (Channel 555). Setelah menunggu, penulis akhirnya berpeluang menonton siaran 2 jam tersebut dimana banyak video, termuramah dan rakaman suara yang belum pernah kita dengar sebelum ini. Profil dokumentari tersebut telah banyak membuka mata penulis betapa hebatnya seorang insan bernama P.Ramlee. Namun melalui dokumentari tersebut juga, penulis turut dapat merasakan apa yang telah beliau lalui sepanjang hayat terutama dizaman kejatuhannya.

Semua orang mungkin sudah tahu dizaman kegelilangannya banyak filem-filem menarik beliau telah mendapat pengiktirafan dan beliau sendiri pernah memenangi beberapa anugerah diperingkat antarabangsa. Namun tidak ramai yang tahu apa yang telah dilalui dizaman kejatuhannya. Beliau adalah anak emas Shaw Brothers (SB) iaitu produksi filem di Singapura terletak di jalan Ampas. Anak jati Pulau Pinang ini bermula hanya menjadi krew belakang tabir dalam industri filem namun gigih berusaha sehingga dapat mencipta nama di SB dengan arahan-arahan filem yang mendapat sambutan ramai.

Episod kejatuhan bermula apabila perdana menteri Singapura ketika itu (Lee Kwan Yew) telah menetapkan satu polisi (tidak berapa pasti apa dia) tetapi menyebabkan P.Ramlee terpaksa keluar dari SB. Beliau telah diberi tawaran oleh satu produsi filem di Kuala Lumpur iaitu Merdeka Studio (MS) dengan janji, "apa sahaja yang u nak, akan dapat". Namun malangnya, janji hanya tinggal janji, P.Ramlee berkarya dengan kelengkapan yang ketinggalan jauh berbanding di SB. Filem pertama bersama MS tidak mendapat sambutan atas faktor peralatan, bajet rendah dan krew-krew yang tidak berpengalaman.

P.Ramlee telah berkahwin sebanyak 3 kali iaitu pertama dengan Junaidah, Noorizan dan terakhir dengan Saloma.

P.Ramlee tidak mengalah disitu, dia terus menghasilkan beberapa buah filem lagi sambil meneruskan karier seni dalam bidang nyanyian. Namun sekali lagi dia menemui kehampaan apabila masyarakat ketika itu lebih mengilai musik pop yeh yeh, The Beatles, Indonesia & hindustan. Beliau juga pernah di boo ketika menyanyi di satu persembahan tetapi penyanyi dari negara luar seperti Singapura, mereka digilai pula. Kehampaan beliau juga turut dirasakan apabila anaknya, arwah Nasir P.Ramlee membawa haluannya sendiri dalam bidang seni dan tidak mewarisi kehebatan dirinya. Hubungan antara mereka berdua juga agak dingin.

Berbalik semula dalam karier perfileman P.Ramlee, beliau pernah ditawarkan untuk mengarah filem warna pertama di Malaysia oleh PERFIMA. Namun setelah bangunan dan produksi telah siap, P.Ramlee telah disingkirkan dan digantikan dengan Dato. Jins Samsudin. Kekecewaan berterusan apabila syarikat rakamannya EMI telah menyingkirkan beliau atas alasan beliau sudah tidak boleh diterima masyarakat. Ternyata beliau sangat kecewa kerana telah banyak jasa yang beliau curah kepada syarikat rakaman tersebut. Beliau telah betul-betul berada dikemuncak kejatuhan apabila ramai yang tidak dapat menerimanya.

P.Ramlee tidak berputus asa secepat itu, beliau tetap terus berusaha, membuat kertas kerja dan berjumpa pihak-pihak tertentu untuk memohon bantuan ketika itu namun semuanya tidak yakin dan menolak beliau. Mengikut rakan-rakan & anaknya ketika itu, kertas kerja beliau begitu mantap dan beliau begitu yakin namun tiada yang sanggup membantu. Beliau juga pernah hadir ke festival filem tanpa disediakan tempat duduk. P.Ramlee akhirnya mengalami masalah kewangan sehinggakan rakannya, Aziz Satar yang datang ke rumah pernah melihat beliau hanya makan nasi dengan telur goreng sahaja.

Dizaman kegemilangannya...

Putus asa bukannya sifat beliau apabila beliau terus membuat beberapa filem walaupun terbatas dengan masalah yang dinyatakan diatas. Namun ada juga segelintir rakan-rakannya seperti Ramlee Kecik, Ahmad Nawab, Aziz Satar, Sarimah telah banyak membantu menyokong beliau. Akhirnya tercipta juga satu produksi hasil bantuan HM Shah yang diberi nama Rumpun Melayu dimana arahan terakhir beliau adalah filem Laksamana Do Re Mi. Mengikut temubual Sarimah, P.Ramlee telah diberikan projek untuk mengarah filem warna pertama sehari sebelum meninggal namun itulah kali terakhir dia menjejakkan kaki ke produksi tersebut.

Disaat menerima kematian mengejut P.Ramlee dalam usia 44 tahun, rakan terdekat begitu risau kerana ketika itu tidak ramai kawan yang ada. Mereka juga risau bagaimana hendak menguruskan mayat dengan masalah kewangan yang dihadapi. Namun sekali lagi rakannya HM Shah telah memberikan wang untuk urusan pengkebumian. Manakala sangkaan rakan beliau sangat silap, ramai rakan-rakan malah orang awam yang datang memberi penghormatan terakhir. Walaupun hasrat beliau tidak tercapai namun ketika gambar jenazah dipaparkan, jelas kelihatan seolah-olah jenazahnya tersenyum.

Rumusan penulis dari biografi tersebut, boleh dikatakan P.Ramlee memang seorang yang hebat, genius dalam seni beliau, positif, tidak mudah putus asa dan begitu pemurah. Temuramah dengan arwah Saloma mengatakan pernah satu ketika didalam poket P.Ramlee ada 200 ringgit dan datang seorang yang susah meminta derma lalu diberikan kesemua wang tersebut walaupun esoknya bank tidak dibuka (dulu tiada mesin ATM). Malangnya, kehebatan P.Ramlee tidak sepatutnya berkubur begitu awal. Beliau sepatutnya diberi peluang dan dihargai ketika hayatnya masih ada. Situasi, masyarakat malah kerajaan ketika itu tidak banyak membantu.

Antara gambar-gambar terakhir sebelum beliau meninggal. Adakah kilauan matanya sama makna dengan senyuman bibirnya?

Diakhir siaran tersebut ada menunjukkan temuramah dengan P.Ramlee dimana beliau berkata lebih kurang begini, "anak-anak muda perlu diserapkan dengan musik melayu agar mereka tidak terpengaruh dengan musik-musik dari luar". Ternyata apa yang digusarkan oleh beliau lebih kurang 40 tahun lepas itu telah menjadi kenyataan sekarang. Ketika hayatnya tidak ramai yang menghargainya namun setelah beliau tiada, barulah kita sedar betapa besarnya jasa beliau dalam industri filem & musik Malaysia. Pada tahun 1990, beliau telah dianugerahkan dengan pangkat Tan Sri namun sudah terlambat bagi seorang lagenda untuk mengecapinya.

Kisah P.ramlee Dengan Isteri-isterinya



Perkahwinan dan Isteri-Isteri
P. Ramlee pernah berkahwin tiga kali. P.Ramlee buat pertama kalinya mendirikan rumah tangga dengan anak salah seorang seniman ketika itu. Isterinya yang dimaksudkan ialah Junaidah Daeng Haris, berkahwin pada tahun 1950 dan bercerai pada tahun 1954. Kemudian mereka dikurniakan 2 orang cahaya mata, iaitu Mohamad Nasir dan Arfan. Wanita dalam hidup P. Ramlee menyintai beliau atas sebab-sebab yang berbeza. Isteri pertama beliau, Junaidah, menyintai P. Ramlee ketika beliau masih belum ternama.


Setelah bercerai pada tahun 1954, P.Ramlee berkahwin dengan Noorizan Mohd Noor pada 6 Februari 1955. Namun begitu perkahwinan mereka tidak dapat bertahan lama. Mereka bercerai pada tahun 1961. Perkahwinan kedua P. Ramlee dengan Noorizan, seorang kerabat diraja Perak yang sanggup meninggalkan alam istana demi orang yang dicintainya itu. Walau bagaimanapun, Norizan mengharapkan sesuatu yang lebih dari perkahwinan mereka tetapi P. Ramlee lebih menumpukan hidupnya kepada kerjaya seninya yang menyebakan perkahwinan mereka retak.

Kali terakhir P. Ramlee berkahwin adalah dengan Salmah Ismail (Saloma) pada 21 November 1961 dan jodoh mereka kekal hingga ke akhir hayat. Saloma menyintai P. Ramlee seadanya, iaitu sebagai seorang seniman dan sebagai seorang yang biasa yang menyebabkan Saloma menjadi teman hidup sehati sejiwa beliau sehingga ke akhir hayat.




P. Ramlee bersama isteri-isterinya: Junaidah, Norizan dan Saloma

Anak-Anak P. Ramlee


P. Ramlee mempunyai ramai anak yang dijaga beliau dan tetapi hanya dua orang sahaja yang merupakan anak kandungnya hasil perkahwinan beliau dengan Junaidah, iaitu Nasir dan Arfan. Anak-anak beliau banyak membantu beliau dalam kerja seperti menjadi penyanyi latar kanak-kanak (contohnya lagu Tolong Kami Bantu Kami dari filem 3 Abdul) dan pelakon kanak-kanak tambahan (contoh Sazali yang berlakon sebagai anak pekerja ladang dalam Anak Bapak).

Berikut merupakan anak-anak yang pernah dijaga beliau:
♦ Mohamad Nasir : Anak kandung bersama Junaidah (1953-2008)

♦ Arfan : Anak kandung bersama Junaidah (1954-1998)

♦ Sazali : Anak angkat (lahir 1958)

♦ Abdul Rahman : Anak tiri (anak Junaidah)

♦ Norma : Anak tiri (anak Noorizan)

♦ Armali bin Aman Ramlie: Anak tiri (anak Saloma dan A.R.Tompel)

♦ Betty : Anak angkat

♦ Zakiah bte Ahmad @ Zazaloma : Anak angkat (lahir 1963)

♦ Sabaruddin @ Badin : Anak angkat (1966-2007)

♦ Salfarina bte Mum @ Dian P. Ramlee: Anak angkat Saloma (keturunan Cina)



P. Ramlee bersama Norizan dan anak-anak



P. Ramlee bersama Saloma dan anak-anak

Khamis, 23 Mei 2013

My Dyno

 dyno ini kucing yang tua dlm umah.. umurnya 1 tahun 2 bulan.. dia ada tompok kecil di hidung dan ekor yang panjang.
dyno suka bermain dengan plastik..

ini dyno lepas mandi.. kesjukan hihihi

 hari2 kerjanya jilat bulunya.. 



dyno tido macam2 gaya di buatnya..tapi tetap comel

Rabu, 22 Mei 2013

Puisi Ibu

MALAIKATKU

Walau hari ini bukan hari ibu,,

Tetap kan ku ucap kata
I LOVE YOU MAH
Karena engkau pelita dalam kegelapan ku

Dan kerna engkaulah malaikat ku di dunia ini
Kasih mu,cinta mu,pelukan mu,dekapan mu
Bahkan kemarah,an mu!!!

Itu semua untk kebaikan ku
,,I LOVE YOU MOM
Aku sayang mama
Sampai hujung nyawa....

Selasa, 21 Mei 2013

My Pupu

pupu ini kucing paling busuk di rumah 90b. dah tua tapi x besar2 macam tu je badannya tetap kecil tapi comel..
pupu tengah main dengan rambut.. cam tengah rukuk je.. hihi comel kan , gemuk kan ?

pupu bermain .. dia suka bermain tempat rak kasut papanya.. jahatnya.. smpi kasut papanya di bungkus dalam plastik sbb takut dia cakar..

buat muka comel pupu.. tgk lah kamera .. aduiiii dia bg tgk pipi pla...ubah posisi 

pupu suka tido dengan dyno..hihi sbb dyno lembut dan gebu.. cam papanya..

Isnin, 20 Mei 2013

TIPS PENJAGAAN KUCING BUNTING





Apabila kucing betina berada dalam kitar heat dan berpeluang untuk mengawan, kebarangkalian besar adalah dia akan mengandung. Purata tempoh bunting kucing adalah sekitar 63-65 hari. Beberapa perubahan fizikal akan kelihatan pada kucing betina jika dia mengandung.

Kucing jantan tidak mengambil peranan dalam penjagaan anak kucing dan adakalanya sesetengah kucing jantan akan bertindak agresif terhadap anak kucing. Sebaliknya pula, kucing betina akan menjadi sangat defensif dan melindungi anak-anaknya, termasuk daripada anda sendiri.

Jika anda sedang menjaga kucing betina yang melahirkan anak, anda perlu lebih berhati-hati dalam mengendalikan anak-anaknya kerana ibu kucing mungkin akan menjauhi anak kucing jika bau anda kuat melekat pada badan anaknya. Sesetengah ibu kucing juga akan menjadi agresif terhadap anda jika anda cuba mendekati anaknya semasa kehadiran ibunya.


TANDA – TANDA KUCING BUNTING

Pemilik kucing yang tidak berpengalaman mungkin terlepas pandang tanda kucing betina berada dalam keadaan heat. Sesetengah kucing memperlihatkan tand-tanda yang jelas berada dalam heat berbanding kucing lain. Jika anda mempunyai kucing yang berada dalam heat dan kemudian berhenti dan tiba-tiba kitar itu tidak kelihatan, maka kucing betina anda kemungkinan besar sudah mengandung.

Kebiasaannya, kucing betina tidak memerlukan sebarang penjagaan khusus ketika tempoh bunting. Mereka kelihatan boleh menjaga diri masing-masng. Selain dari memberikan makanan yang mereka mahukan dan melindungi mereka dari penyakit dan parasit, selebihnya boleh diserahkan kepada mereka sahaja untuk menjaga dirinya.

Disebabkan tempoh mengandung hanyalah sekitar 9 minggu, maka segalanya akan berlaku dalam keadaan singkat. Antara tanda-tanda yang kelihatan adalah:
• Peningkatan selera makan
• Puting susu menonjol dan kemerahan (sekitar 2 minggu selepas mengawan)
• Bahagian perut semakin membulat

Jika anda khuatir, anda boleh bawakannya ke vet untuk pengesahan lanjut. Jika vet mempunyai x-ray, anda boleh mengimbasnya pada hari ke 50-54 untuk melihat jumlah anak kucing di dalamnya. Purata kelahiran adalah antara 3-5 ekor anak kucing tetapi bergantung kepada keadaan juga lah.


TANDA – TANDA KUCING NAK BERANAK (NAK DAPAT CUCU...YAHOOO)

Kita boleh menjangka bahawa si ibu kucing akan melahirkan anaknya dalam masa terdekat apabila dia menunjukkan kecenderungan mencari dan menempatkan sarang bagi kelahiran anak-anaknya. Susu akan kelihatan pada putingnya lebih kurang 1-2 hari sebelum melahirkan anak. Anda juga boleh memeriksa suhu badan ibu kucing pada bahagian dubur sebanyak 2 kali sehari jika anda mahukan kepastian. 24 jam sebelum kelahiran, suhu badannya akan menurun pada tahap 37 darjah Celsius.

KEPERLUAN/PENYEDIAAN 

Kotak Kelahiran atau tempat yg selesa untuk si ibu melahirkan. Kucing biasanya suka tempat yang gelap dan tidak mudah dilihat untuk melahirkan anak, jadi, sediakan satu kotak kosang yang dialas kertas di mana-mana tempat tersorok dalam rumah anda ya.
Sarung tangan yang steril. Beli je dari farmasi berdekatan. Mana la tau kalau kita diperlukan untuk membantu menyambut kelahiran nanti…heheheh…jadik bidan terjun! Heuhuhu
Pipet atau jarum suntikan untuk membantu buang mucus pada bhg mulut dan hidung anak kucing yang dilahirkan…biasanya Persian yg tak pandai jaga anak susah nak menjilat…nak tak nak, kita yang perlu bantu ya. Hehe
Dental floss atau benang.
Antiseptik untuk disapu pada tali pusat anak kucing.
Gunting
Tuala Bersih
Pastikan no telefeon vet anda mudah dicari untuk kes kecemasan.
Susu gentian untuk si anak kucing. Hanya perlu disediakan sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya si ibu tidak mahu menjaga anak yang baru dilahirkannya. Jarang berlaku tetapi kemungkinan tetap ada ya.


APA YANG BERLAKU KETIKA KELAHIRAN KUCING

Masa yang diambil untuk kelahiran bergantung kepada samada ibu kucing pernah melahirkan anak atau berapa banyak anak kucing yang dilahirkan pada masa itu. Tempoh kelahiran boleh berlaku dalam masa beberapa minit, jam malah mungkin juga seharian jika anaknya ramai.

Anda boleh melihat lendiran mukus dikeluarkan apabila proses kelahiran bermula. Contraction akan berlaku dan anak kucing akan dilahirkan. Ibu kucing akan menjilat dan membuang lendiran pada anak kucing. Jika tidak, anak kucing akan lemas dan jika ini berlaku maka anda perlulah campurtangan untuk mengelakkannya mati. Ibu kucing kemudiannya akan menggigit tali pusat yang menyambungkan anak kucing.

Semasa anak kucing dilahirkan, berat mereka hanyalah beberapa gram sahaja dan sangat-sangat terdedah kepada bahaya. Mereka amat bergantung kepada ibunya untuk terus hidup kerana mata mereka masih tertutup, telinganya masih belum berfungsi dan mereka hanya mampu merangkak.

Ibu kucing akan meneruskan kelahiran beberapa anak kucing lagi. Dia akan terus menjilat dan membersihkan anak-anaknya dan secara perlahan-lahan akan menolak mereka ke arah puting susunya. Anak kucing mampu menyusu dalam masa kurang 1 jam selepas dilahirkan.

Anak kucing akan menerima imuniti awal pencegahan penyakit dengan cara menyerap antibodi yang ada pada kelenjar susu ibunya. Anak kucing hanya mampu menyerap antibodi yang ada pada badan ibunya dalam masa 24 jam terawal semasa ia dilahirkan. Maka adalah amat penting bagi anak kucing untuk menyusu dari ibunya secepat mungkin selepas dilahirkan.

Ibu kucing mungkin akan memakan tali pusat anaknya, walaupun kelihatan agak jijik tetapi ini sebenarnya adalah perkara biasa sahaja. Ibu kucing akan mengalami lelehan yang keluar dari faraj dalam tempoh 2 minggu atau kurang selepas melahirkan anak. Lelehan ini akan kelihatan seperti darah dan mungkin juga berwarna hijau dan berlendir. Tetapi lelehan ini tidak sepatutnya kelihatan seperti lendiran pekat berwarna putih kekuningan seperti nanah atau bisul. Jika ini berlaku, bawa ibu kucing ke klinik vet seberapa cepat.

Jika kucing anda (si ibu) suka merayau-rayau, cuba kurungnya di dalam bilik bersama-sama dengan anaknya supaya mereka tidak terbiar. Anda juga perlu prihatin dengan masalah kutu, jika si ibu mempunyai kutu, ia boleh merebak ke anak kucing dan boleh menyebabkan anemia yang mengancam nyawa anak kucing.


KESULITAN BERANAK

Seperti mana manusia, kucing juga boleh mengalami kesulitan semasa melahirkan anaknya. Dystocia adalah istilah yang merujuk kepada proses kelahiran yang bermasalah. Kucing yang sudah tidak melahirkan anak dalam masa yang panjang, atau mempunyai anak kucing yang tersangkut dan menyembul keluar dari vulva adalah antara situasi yang tergolong sebagai dystocia.

Ibu kucing yang sakit atau lemah, anak kucing berada dalam keadaan songsang dan anak kucing yang terlalu besar untuk melalui salur kelahiran dan anak kucing yang mati dalam rahim dan menghalang anak kucing lain untuk keluar adalah antara punca dystocia.

Jika ibu kucing telah mengalami contraction selama 1 jam tanpa melahirkan anak, anda perlu mendapatkan bantuan veterinar. Doktor akan mengimbas X-ray untuk melihat kedudukan anak kucing dan mengenalpasti sebarang keadaan luarbiasa padanya. Doktor juga mungkin akan memeriksa darah ibu kucing untuk mengetahui masalah seperti kekurangan kalsium atau gula, yang merupakan antara punca menghalang ibu kucing untuk mengalami contraction secara normal.

Jika klinik itu mempunyai kemudahan ultrasound, ujian ini dapat mengenalpasti degupan jantung anak kucing dan lain-lain masalah. Doktor mungkin akan membuat keputusan untuk menyuntik ibu kucing dengan dadah atau menggunakan kaedah pembedahan caesarian, bergantung kepada situasi. Kebiasaannya dadah akan diberikan untuk mendorong kelahiran dan jika tidak berjaya maka pembedahan perlu dilakukan. Namun begitu, pembedahan juga meningkatkan risiko kematian anak kucing (tetapi ia juga perlu untuk menyelematkan nyawa ibu kucing).

my butcuk

butcuk suka tido dlm raga motor.. comel tak ? hihi nie masih lagi dia kecil..
gaya dia tido .. macam2 kan.. hihihi

muka comel kejap... tgk kamera butcuk...

gambar first dia dlu.. time kecil2 .. time baru jumpa dia..


nie lah gaya butcuk bila di bawa berjalan.. pandai kan butcuk bawa kereta.. butcuk nie paling kami sayang.. love u butcuk...

our cat 90b

ini yang ke 4.. namanya pupu.. nie kucing kita org dapat di klinik haiwan silibin.. tuannya bagi sbb dia banyak anak kucing da.. nie da umur 9bulan tapi badanya tetap kecil dan bau busuk.. 

ini pla yang depan namanya hitam..sebelum ini , hitam nie kucing kawan tapi kawan tidak larat jaga sebab maknya sakit kena tahan.. so dia bagi dengan kami untuk jaga hitam ini..hitam ini kucing betina..umurnya baru 6 bulan..

yang belakang tu pula warna putih tu namanya lilo.. ini kucing paling nakal di rumah umurnya baru 3 bulan lebih..ini kucing kami jumpa di manjoi dekat gerai burger bakar..

Oggy namanya.. baru berumur 8bulan..nie kucing abg Bob punya.. dia bagi kami sebab time tu saya sedih sbb kehilangan Dyno.. tapi lepas 3 hari jumpa juga akhirnya dyno.. Oggy tetap jadi kucing kami.. comel tak? mata dia biru...

yang terakhir 
kucing nie jumpa dekat kolej Taj..kucing nie kakinya patah.. ada orang pijak.. kesian dia.. kami bagi nama dia ducky momo.. panggil momo je.. :P 

our cat 90b


ini kucing paling tua di rumah 90b. umurnya 1 tahun 2bulan. namanya Dyno.nie paling bersih.. dia suka bersihkan bulunya.. jantan

ini pula Chiko.. nie betina.. adik kepada dyno..umurnya sama 1 tahun 2 bulan.. comel tak ?


ini Butcuk.. ini kucing paling manja.. nie juga kucing pertama kami.. nie baru 1 tahun umurnya..betina.

Ahad, 19 Mei 2013

kebaikan pmemelihara kucing


Mungkin kita semua tidak menyedari banyak faedah yang dapat diperolehi dengan membela dan menyayangi kucing. Jom kita sama-sama review manfaat membela kucing terhadap manusia.
1. Menurunkan risiko penyakit kardiovaskular dan serangan jantung
Sebuah kajian dari University of Minnesota mendapati bahawa mereka yang tidak mempunyai kucing adalah antara 30 dan 40 peratus lebih tinggi untuk meninggal akibat penyakit yang melibatkan sistem kardiovaskular  daripada mereka yang mempunyai  kucing.  Risiko untuk seorang pemilik kucing mati akibat serangan jantung juga adalah sangat rendah
2. Meningkatkan fungsi  sistem imun (Daya Tahan Penyakit)
Membela  kucing dapat membantu meningkatkan fungsi kekebalan tubuh anda. Hubungan antara kucing dan pemilik kucing dapat meningkatkan  sistem kekebalan tubuh seseorang pemilik kucing.
3. Mencegah Alergi
Jika anda akan mempunyai bayi, mungkin anda patut mempertimbangkan untuk membela kucing .  Membela kucing dapat membantu anda mencegah alergi pada anak anda. Ada beberapa kajian yang baru lahir yang hidup dengan haiwan kesayangan dapat mengelakkan alahan  berkembang.
4. Membantu mencegah asma pada anak
Selain membantu untuk mencegah alergi berkembang terhadap anak anda, ada beberapa bukti bahawa hidup dengan kucing juga boleh membantu mencegah asma pada anak-anak. Memiliki kucing pada usia awal anak anda dapat membantu mereka untuk mengelakkan risiko menghidap asma. Ini kerana sentuhan antara anak anda dengan kucing dapat membantu mengatasi masalah pernafasan.
5. Mengurangkan Tekanan Darah
Percayakah anda dengan hanya dengan mengusap-ngusap  kucing dapat membantu  menurunkan tekanan darah. Mereka yang mempunyai haiwan kesayangan, menurut State University of New York di Buffalo kajian, lebih cenderung memiliki tekanan darah lebih rendah daripada mereka yang tidak mempunyai haiwan peliharaan.
6. Menurunkan Kolestrol
Berdasarkan kajian  pemilik kucing memiliki kolestrol lebih rendah daripada mereka yang tidak mempunyai kucing sendiri. Sebuah penelitian 2006 di Kanada menunjukkan bahawa memiliki kucing sebenarnya lebih berkesan dalam menurunkan kolestrol daripada memakan ubat-ubatan kimia.
7. Mengurangkan risiko Mendapat Stroke
Prospek mempunyai stroke adalah menakutkan. Jika anda prihatin tentang mengalami serangan stroke, anda boleh mempertimbangkan untuk membela kucing. Memiliki kucing dapat mengurangkan risiko stroke. Sebuah kajian di Universiti Minnesota mendapati bahawa pemilik kucing dapat mengurangkan risiko mendapat stroke.
8. Mengurangkan stress (tekanan perasaan) dan rasa cemas
Memiliki kucing boleh membantu mengurangkan stress dalam hidup anda. Banyak manfaat psikologi jika kita membela kucing, dan salah satunya adalah menghilangkan stress. Dengan menjaga  binatang atau berbicara dengan kucing anda, boleh membantu anda merasa lebih tenang dan mengurangkan tahap stres. Kehadiran seekor kucing bersama anda dapat membantu anda menenangkan diri anda kerana anda menikmati cinta tanpa syarat dari seekor kucing.
9. Menjadikan mood anda dalam keadaan “cool”
Dalam banyak kes, berinteraksi dengan haiwan kesayangan boleh membantu memperbaiki mood anda. Ini termasuk kucing. Memiliki kucing dapat membantu anda merasa lebih baik secara umum, dan meningkatkan mood anda.
10. Dapat membantu pesakit-pesakit Autis
Mereka dengan autisme mempunyai kesulitan berkomunikasi dalam cara yang sama seperti orang lain. Memiliki kucing benar-benar dapat membantu dalam kes ini. Ada kejadian di mana kucing telah berperanan dalam terapi untuk anak-anak autis.
11. Mengurangkan Kesepian
Hubungan persahabatan antara manusia dan kucing dapat membantu mereka yang kesepian. Hanya dengan memiliki kucing di rumah dan menghabiskan masa bersama boleh membantu mengurangkan rasa sunyi.
hari nie hr pertama exam untuk sem5.. kawan2 doakan saya ok.. harap hari ni dapat jawab paper exam

Ahad, 12 Mei 2013

my new cat


saya dan my boyfriend mujahid jumpa kucing nie kemarin di kolej taj, kucing ni kaki nya patah. sebab ada org pijak kata doktor.. doktor x dapat bantu da untuk kucing nie. tapi saya tidak putus asa. saya nak rawat dia juga.. selagi saya mampu saya rawat di juga. saya bg dia nama momo.. saya sayang momo walaupun dia tidak macam kucing normal .. saya terima dia seadanya. Tunjukkan sedikit