Isnin, 28 Oktober 2013
Isnin, 14 Oktober 2013
Sudirman Haji Arshad

Dato' Sudirman Haji Arshad
1954 - 1992
Layari kisah perjalanan hidup beliau sebagai seorang seniman
Lahir: 25 Mei 1954
Tempat Lahir: Temerloh, Pahang, Malaysia
Meninggal Dunia: 22 Februari 1992 (Umur 37) di Lucky Garden, Bangsar
Pekerjaan: Penyanyi. Peguam, Pelakon, Penulis, Ahli Perniagaan
Pasangan: Kamariah 'Kay' Jamaluddin (1981-1984).
Penghibur nombor satu meninggal kerana kegagalan hati bukan Aids :
KELUARGA Allahyarham Sudirman membuat keputusan untuk 'menyembunyikan' Penghibur Nombor Satu Negara itu mengenai penyakit dan punca kematiannya kerana tidak mahu peminat sukar menerima hakikat mengenai keadaannya yang sangat menyedihkan.
Walaupun ia menyebabkan timbul pelbagai andaian sehingga ada yang mengaitkan Sudirman menghidap penyakit Aids, tetap mereka tegas untuk tidak mendedahkan kepada umum mengenai punca penyakit dan kematian penyanyi itu.
Rakan karib Sudirman yang juga penulis lirik terkenal tanah air, Habsah Hassan berkata, bagaimanapun, sejak kebelakangan ini keluarga penyanyi itu seperti sudah bersedia untuk bercerita dan merungkai rahsia sebenar mengapa mereka bertindak 'menyorokkannya'.
"Selepas bertahun-tahun, barulah rahsia itu terungkai. Keluarganya tidak mahu mendedahkan atau memberi peluang masyarakat Malaysia melihat Sudirman pada waktu itu kerana mereka tidak mahu melihat keadaan sebenar Sudirman yang sangat menyedihkan. Mereka sudah biasa tengok Sudirman dalam sentiasa ceria dan 'cute'.
"Secara perubatan, Sudirman disahkan mati kerana kegagalan hatinya berfungsi dengan sempurna. Tapi sebenarnya, ada punca kematian yang tidak boleh dijelaskan secara perubatan kerana pada waktu itu, Sudirman sedang menghadapi pelbagai perkara aneh.
"Saya akui, ia juga disebabkan ajalnya memang sudah sampai. Tetapi Sudirman melalui banyak perkara misteri dan mistik yang sukar untuk dipercayai pada zaman moden ini. Tetapi hakikatnya itulah yang dihadapi oleh Sudirman sehingga membawa kepada kematian," katanya.
Habsah berkata demikian ketika menjadi tetamu siri Pesona Seni Aswara - Mengenang Sudirman: Program Kecil Berjiwa Besar di Dewan Orkestra, Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (Aswara), baru-baru ini.
Program yang dilancarkan oleh Ketua Pengarah Aswara, Datuk Omar Awang itu menampilkan Mohd Kamarulzaman Taib sebagai moderator.
Habsah berkata, berdasarkan keakrabannya dengan penyanyi itu, beliau mendapati Sudirman ialah seorang pemerhati, ada pandangannya sendiri, memiliki ilmu dan pengetahuan am yang sangat baik.
Katanya, hal ini boleh ditemui menerusi kebanyakan lagu nyanyiannya kerana itu ia menjadikan Sudirman satu-satunya penyanyi yang berani tampil dengan lagu mencakupi pelbagai tema kehidupan.
"Saya secara peribadi berasakan apa yang dibuat oleh Sudirman belum boleh digantikan oleh penyanyi sekarang. Saya bukanlah hendak melebihkan Sudirman kerana rapat dengan Allahyarham, tetapi anda boleh kaji sendiri lagu nyanyiannya, tulisannya, komik yang pernah dihasilkannya. Anda akan dapat apa saja daripada soal isu semasa, kerjaya, kemasyarakatan sehinggalah kepada soal hati.
"Memang soal hati amat mengusik perasaan kerana Sudirman yang saya kenali lebih daripada seorang yang romantis," katanya.
Katanya, Konsert Jalanan yang dibuat oleh Sudirman pada tahun 1984 adalah konsert terbesar yang berjaya menarik lebih 100,000 orang untuk menyaksikannya dan ia adalah antara bukti penyanyi itu mempunyai kesungguhan dalam kerjayanya.
"Untuk memastikan konsert itu berjaya, dia tidak menyerahkan semua urusan 100 peratus kepada orang lain. Sebab itu, Sudirman menguruskan banyak perkara termasuklah mendapatkan permit polis," katanya.
Habsah berkata, Sudirman juga tidak menafikan dia bukanlah seorang penyanyi yang mempunyai suara berkualiti, fizikalnya pendek dan tidak tampan seperti kebanyakan penyanyi lain dan itu semua dianggap dirasakan sebagai kekurangan pada dirinya.
Katanya, Sudirman juga sangat berani dalam menentukan lagu yang hendak dirakamkan dalam albumnya tanpa mempedulikan sama ada ia boleh diterima oleh peminat dan pendengar.
"Sudirman seorang yang tidak kisah sama ada peminat mahu terima atau tidak. Baginya, sebagai penyanyi, bukan masyarakat yang berhak menentukan pilihan lagu yang hendak dinyanyikannya. Sudirman berasakan dia yang berhak tentukan dan memang banyak lagunya berjaya.
"Seingat saya, Sudirman adalah satu-satunya penyanyi di negara ini yang berani bercakap pasal patriotik. Dialah penyanyi yang merakamkan album yang semua lagunya bertemakan patriotik.
"Dia bukan sekadar seorang yang tidak takut mencuba tapi memang tidak takut untuk buat. Dan, Sudirman juga penyanyi yang ada jati diri cukup kuat. Dia buat album lagu Melayu seperti deli, joget, asli. Sememangnya dia seorang berfikiran jauh seolah-olah tahu dan yakin dia tidak hidup lama," katanya.
Tambahnya lagi, Sudirman juga mahu membuktikan sesuatu iaitu sekiranya dia sudah tiada di dunia tetapi namanya tidak mudah dipadamkan dalam sejarah kerana penyanyi ini meninggalkan jejak yang sukar diganti.
"Dia seorang yang kerja kuat. Mungkin pelik tetapi untuk mendapatkan tenaga, Sudirman suka makan telur mentah," jelas Habsah lagi.
Dalam diskusi itu, Mohd Kamarulzaman atau Che' Kem yang kini dikenali sebagai Tunku Abdul Rahman dalam filem 1957: Hati Malaya, mengemukakan beberapa persoalan kepada Habsah berhubung dengan beberapa seni kata tulisannya yang cukup menyentuh jiwa apabila dinyanyikan oleh Sudirman seperti lagu Terasing, Merisik Khabar, Jauh Di Sudut Hati dan Salam Terakhir.
Mengulas perkara itu, Habsah menjelaskan, dia menulis seni kata secara tidak dirancang dan kebanyakannya disiapkan pada saat akhir iaitu ketika Sudirman sedang bersiap sedia untuk memulakan rakaman suara.
"Misalnya lagu Terasing. Lagu dan melodinya sudah disiapkan oleh Manan Ngah. Dia dan Sudirman sudah berada di studio untuk memulakan rakaman. Manan juga sudah menyiapkan liriknya tetapi Sudirman menolak. Manan kemudian menghubungi saya minta tulis lirik untuk Sudirman.
"Saya rasa dalam masa tidak sampai dua jam, lirik Terasing disiapkan dan Sudirman terus merakamkannya. Tapi disebabkan keakraban saya dengan dia menjadikan sedikit sebanyak memang boleh memahami perasaannya," katanya.
Tambah Habsah, keakraban itu menjadikan Sudirman dianggap sebagai adiknya dan penyanyi itu sering bercerita mengenai harapan, impian dan cita-cita serta bebas menelefon pada bila-bila masa saja.
"Nasib baik suami sudah memahami sangat hubungan saya dengan Sudirman. Ada suatu ketika dia menelefon saya dalam keadaan sedih, sayu dan menangis. Dia memang berterus terang dengan apa yang tersimpan di hatinya. Saya tidak dapat berbuat apa-apa melainkan suruh dia bersabar dan banyak beristighfar.
"Lagu Merisik Khabar dinyanyikan Sudirman dengan penuh perasaan kerana liriknya memang satu luahan dalam dirinya pada waktu itu," katanya.
Tips Memberi Makanan Pada Kucing
Setiap yang hidup memerlukan makanan, begitu juga dengan kucing. Seperti manusia juga, kucing memerlukan makanan yang berkhasiat untuk terus kekal sihat dan ceria. Makanan yang seimbang dan berkhasiat juga akan membolehkan si comel kesayangan kita tu membesar dengan sihat dan bebas dari penyakit.
Untuk entri ni, puteri nak kongsikan dengan korang tips tentang pemakanan kucing. Walaupun kucing dan ikan sering dikaitkan, biasalah kucing dan ikan memang tak dapat dipisahkan, tetapi kalau setiap hari kita hanya bagi kucing tu makan ikan rebus je, pasti pemakanan kucing tu akan jadi tak seimbang. Malah kucing tu pun akan jemu dan kurang selera nak makan.
Jadi sekali sekala cubalah pelbagaikan jenis makan yang diberikan kepada kucing tu. Lagipun sekarang ni agak mudah sebab terdapat banyak jenis makanan kucing di pasaran. Pilih dan beli sahaja. Jenis yang kering ada, jenis yang macam sardin dalam tin pun ada.
Sekiranya kita sering memberikan kucing kita makan makanan yang jenis basah macam ikan, nasi atau makanan dalam tin, sesekali kita perlu juga memberikan kucing kita makan makanan yang jenis kering kerana ia akan membantu membersihkan gigi kucing tersebut.
Elakkan memberi kucing makanan yang mengandungi jagung atau yang berkarbohidrat tinggi kerana kucing tidak perlu makanan yang berkarbohidrat seperti kita. Malah elakkan juga memberi kucing makan coklat dan aiskrim kerana ia boleh mengakibatkan kucing tersebut jatuh sakit. Kucing agak alergik kepada laktosa.
Apa yang penting, pastikan kita sentiasa menyediakan air yang bersih untuk minuman kucing kita. Kalau tak nanti kesian diorang haus pula.
Ini antara tips yang ringkas tentang cara pemakanan yang betul untuk kucing. Untuk mengetahui lebih banyak tips tentang cara penjagaan kucing, korang boleh baca Cara Penjagaan Kucing atau dapatkan sahaja Panduan Lengkap Penjagaan Kucing. Pasti korang akan dapat menjaga si comel korang tu dengan lebih baik selepas membaca panduan lengkap tersebut.
Jadi sekali sekala cubalah pelbagaikan jenis makan yang diberikan kepada kucing tu. Lagipun sekarang ni agak mudah sebab terdapat banyak jenis makanan kucing di pasaran. Pilih dan beli sahaja. Jenis yang kering ada, jenis yang macam sardin dalam tin pun ada.
Sekiranya kita sering memberikan kucing kita makan makanan yang jenis basah macam ikan, nasi atau makanan dalam tin, sesekali kita perlu juga memberikan kucing kita makan makanan yang jenis kering kerana ia akan membantu membersihkan gigi kucing tersebut.
Elakkan memberi kucing makanan yang mengandungi jagung atau yang berkarbohidrat tinggi kerana kucing tidak perlu makanan yang berkarbohidrat seperti kita. Malah elakkan juga memberi kucing makan coklat dan aiskrim kerana ia boleh mengakibatkan kucing tersebut jatuh sakit. Kucing agak alergik kepada laktosa.
Apa yang penting, pastikan kita sentiasa menyediakan air yang bersih untuk minuman kucing kita. Kalau tak nanti kesian diorang haus pula.
Ini antara tips yang ringkas tentang cara pemakanan yang betul untuk kucing. Untuk mengetahui lebih banyak tips tentang cara penjagaan kucing, korang boleh baca Cara Penjagaan Kucing atau dapatkan sahaja Panduan Lengkap Penjagaan Kucing. Pasti korang akan dapat menjaga si comel korang tu dengan lebih baik selepas membaca panduan lengkap tersebut.
Cara Mandikan Kucing
Semua orang tahu bahawa kucing tidak sukakan air. Bagi tuan kucing pasti kita mahukan kucing kita sentiasa bersih tanpa kotoran atau kutu dan sebagainya yang menginap di badan kucing kesayangan kita. Jika kucing anda outdoor anda wajib memandikan kucing anda kerana kadangkala ia akan membahayakan kucing kesayangan anda kerana mungkin di badan mereka mempunyai toksik berbahaya yang kita sendiri tidak tahu. Oleh itu inilah masanya untuk mandi ^_^. Berikut adalah cara-cara mandian kucing yang selesa.
Pastikan sebelum mandikan kucing:
-Syampu
-Perapi
-2 helai tuala
-Berus / sikat
-Air suam (suam-suam kuku)
-kemeja berlengan panjang atau sarung tangan berlengan panjang
-Merawat
-Mainan
-Sebuah bilik yang tenang dengan pintu tertutup
Pastikan Anda Menyediakan:
.jpg)
1. Memakai pakaian yang sesuai . Ia bukan sahaja penting untuk memandikan kucing anda tetapi ia adalah penting dan selamat dari sebarang kesan cakaran kucing. Pakai baju berlengan panjang supaya kulit anda tidak terdedah dari cakaran kucing, ataupun memakai sarung tangan berlengan panjang. Satu lagi..elakkan pakai baju baru..takut nanti bajuanda akan rosak.
2. Jika kucing anda agak agrasif untuk lebih selamat pastikan sekurang-kurangnya dua orang yang terlibat ketika memandikan kucing anda, seorang memegang kaki tangan kucing dan seorang lagi memegang rahang kucing supaya ia tidak boleh membuka mulutnya untuk menggigit anda, tetapi pastikan anda tidak memegang ia dengan kuat kerana takut ia tidak boleh bernafas. Pegang kucing anda dengan kemas supaya ia tidak boleh lari dari genggaman anda.
Menyediakan Mandian:
1. Mengisi tab dengan 4-5 inci dengan air suam (bergantung kepada saiz haiwan) . Isi air ke dalam tab sebelum membawa kucing anda ke dalam bilik air, kerana sesetengah kucing fobia dengan air yang mengalir.
2. Isikan 2 baldi untuk memandi dan membilas. Ini adalah supaya anda tidak perlu menyediakan air baru dari semasa ke semasa, yang mungkin akan menakutkan kucing anda.
3.Meletakkan tikar dalam tab mandi atau menggunakan tuala supaya kucing anda selesa.
Menyediakan alatan kucing untuk mandian:
1. Mempunyai syampu mandian untuk kucing, dan pastikan anda menggunakan syampu mandian khas untuk kucing bukan untuk binatang lain, ini kerana kebanyakan syampu boleh menjadi toksik kepada kucing (seperti syampu anjing). Jangan gunakan syampu biasa, kerana ia boleh menjadi toksik kepada kucing dan boleh mengeringkan kulit. Sediakan tuala untuk mengelap kucing anda selepas selesai mandikan kucing.
Menyediakan Mandian:
1. Mengisi tab dengan 4-5 inci dengan air suam (bergantung kepada saiz haiwan) . Isi air ke dalam tab sebelum membawa kucing anda ke dalam bilik air, kerana sesetengah kucing fobia dengan air yang mengalir.
2. Isikan 2 baldi untuk memandi dan membilas. Ini adalah supaya anda tidak perlu menyediakan air baru dari semasa ke semasa, yang mungkin akan menakutkan kucing anda.
3.Meletakkan tikar dalam tab mandi atau menggunakan tuala supaya kucing anda selesa.
Menyediakan alatan kucing untuk mandian:
1. Mempunyai syampu mandian untuk kucing, dan pastikan anda menggunakan syampu mandian khas untuk kucing bukan untuk binatang lain, ini kerana kebanyakan syampu boleh menjadi toksik kepada kucing (seperti syampu anjing). Jangan gunakan syampu biasa, kerana ia boleh menjadi toksik kepada kucing dan boleh mengeringkan kulit. Sediakan tuala untuk mengelap kucing anda selepas selesai mandikan kucing.

2. Pra-merawat sebarang kesan berminyak . Kucing yang terkena kotoran minyak mungkin amat sukar untuk membersihkan dengan syampu biasa seperti berlumuran dengan minyak enjin atau gris gandar, minyak motor, flypaper goo, dan sebagainya.
Memakai sarung tangan, dan menggunakan minyak takat lebur yang rendah seperti mentega lembut, gris bacon, atau minyak sayuran boleh dimakan dan terus menyapu ke kawasan yang terjejas. Jangan gunakan air atau apa-apa pun, Mengurut bulu dengan lembut antara jari anda sehingga kotoran itu keluar dicampur dengan sedikit minyak makan. Lapkan kotoran yang keluar itu dengan tuala kecil kering.
Untuk kucing teruk berwarna, anda mungkin mahu mengulangi proses, untuk mencairkan bahan asing sebanyak mungkin.
Akhiri dengan basuhan syampu kucing dan memnadikan seperti biasa.
3. Sikat bulu dengan sempurna sebelum anda meletakkan kucing anda di dalam air jika ia berbulu panjang.
4. Potong kuku kucing sebelum anda memandikan kucing anda kerana ini akan mengurangkan kucing itu menggaru.
Ketika Kucing Sedang Mandi:
1.Bercakap dengan kucing anda dalam suara yang tenang semasa anda memandikan mereka dan pastikan memegang kucing anda dengan baik di sekitar leher atau bahu. Kadang-kadang kucing akan cuba untuk keluar dari tempat mandi. Jika mereka memilih untuk merendam hanya 2 kaki, biarkan mereka berdiri dengan dua kaki dan tangan mereka dan anda harus memegang kedua tangannya seperti menahan kucing agar tidak terjatuh.
2. Rendamkan kucing dari leher ke bawah dan letakkan sedikit syampu dan air di atas kain, kemudian basuh leher kucing anda, badan, kaki, perut dan ekor. Pastikan tidak terkena syampu di mata, hidung, mulut, atau telinga kucing anda.
3. Bilas dengan air di dalam baldi yang pertama, kemudian bilaskan air di dalam baldi yang kedua ini adalah penting untuk memastikan syampu itu hilang.
Pengeringan:
1.Keringkan dengan perlahan-lahan dengan menekan air di bulu kucing anda sebelum anda membalut kucing anda dengan tuala. Apabila tuala pertama menjadi terlalu basah gunakan tuala kering yang lain. Jangan berhenti mengelap bulu kucing anda ketika bulu kucing anda masih lagi agak lembap.
2. Apabila selesai mengeringkan kucing yg berbulu panjang, anda perlu menyikat bulu mereka agar kelihatan kemas dan senang kucing anda mahu menjilat bulu mereka.
Jangan lupa beri makanan atau ganjaran:
Memberi ganjaran kepada kucing anda seperti makanan kegemaran mereka dan sebagainya ini pasti kucing anda akan rasa lebih tenang apabila selesai mandi.
Ada lagi... Ahli baru... Tengok nie
yang ini dudu.. nie kakinya tidak normal... kesian dia... tapi dudu nie tidak patah hati.. dia kuat bermain...
_________________________________________________________________________________
Nie anak butcuk...comel2 kan... yang seekor namanya cemong dan straw...
Ahli Baru :)
Nie namanya mylo @ adek.. nie nakal dan busuk.. anak c chiko dan lilo...
_________________________________________________________________________________
Yang ini mimi. ini bekas kucing kawan.. tapi sebab dia balik sarawak , dia bagi dengan kami , dari di buang bagus bagi kami :)..nie manja gila macam butcuk...
_________________________________________________________________________________
Yang ini pla, namanya Black.. c gendut.. gemuk hihihi... nie dia faham namanya.. dia tahu bila dia di manja, dan dia tahu bila org mara dgn dia.. nie pun bekas kucing kawan.. tapi dah balik sarawak dia bagi kat kami.. sekarang kami yang bela..
__________________________________________________________________________________
Langgan:
Catatan (Atom)