Setiap yang hidup memerlukan makanan, begitu juga dengan kucing. Seperti manusia juga, kucing memerlukan makanan yang berkhasiat untuk terus kekal sihat dan ceria. Makanan yang seimbang dan berkhasiat juga akan membolehkan si comel kesayangan kita tu membesar dengan sihat dan bebas dari penyakit.
Untuk entri ni, puteri nak kongsikan dengan korang tips tentang pemakanan kucing. Walaupun kucing dan ikan sering dikaitkan, biasalah kucing dan ikan memang tak dapat dipisahkan, tetapi kalau setiap hari kita hanya bagi kucing tu makan ikan rebus je, pasti pemakanan kucing tu akan jadi tak seimbang. Malah kucing tu pun akan jemu dan kurang selera nak makan.
Jadi sekali sekala cubalah pelbagaikan jenis makan yang diberikan kepada kucing tu. Lagipun sekarang ni agak mudah sebab terdapat banyak jenis makanan kucing di pasaran. Pilih dan beli sahaja. Jenis yang kering ada, jenis yang macam sardin dalam tin pun ada.
Sekiranya kita sering memberikan kucing kita makan makanan yang jenis basah macam ikan, nasi atau makanan dalam tin, sesekali kita perlu juga memberikan kucing kita makan makanan yang jenis kering kerana ia akan membantu membersihkan gigi kucing tersebut.
Elakkan memberi kucing makanan yang mengandungi jagung atau yang berkarbohidrat tinggi kerana kucing tidak perlu makanan yang berkarbohidrat seperti kita. Malah elakkan juga memberi kucing makan coklat dan aiskrim kerana ia boleh mengakibatkan kucing tersebut jatuh sakit. Kucing agak alergik kepada laktosa.
Apa yang penting, pastikan kita sentiasa menyediakan air yang bersih untuk minuman kucing kita. Kalau tak nanti kesian diorang haus pula.
Ini antara tips yang ringkas tentang cara pemakanan yang betul untuk kucing. Untuk mengetahui lebih banyak tips tentang cara penjagaan kucing, korang boleh baca Cara Penjagaan Kucing atau dapatkan sahaja Panduan Lengkap Penjagaan Kucing. Pasti korang akan dapat menjaga si comel korang tu dengan lebih baik selepas membaca panduan lengkap tersebut.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan